Friday, January 9, 2009

Cadets History !!!

   Sejarah perkembangan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) ataupun dahulunya dikenali sebagai Cadet Corp ialah sebuah pasukan unit beruniform bercorak ketenteraan yang ditubuhkan di seluruh dunia . 

     Sejarah perkembangan unit beruniform ini bermula apabila tuntutan untuk penubuhan untit beruniform ini diusulkan oleh Lt. Eric Chart yang menjadi pengasas kepada pasukan ini pada tahun 1915 .

     Pasukan unit beruniform ini adalah pasukan beruniform yang tertua dia SMK ST JOHN KL . Dengan kini yang sudah berusia 94 tahun . 

     Terdapat tiga ciri-ciri PKBM di negara kita iaitu PKBM Darat,PKBM Udara dan PKBM Laut yang mewakili ketiga - tiga pecahan kepada Angkatan Tentera Malaysia(ATM) . Setiap ahli PKBM dilatih khas oleh pegawai askar dan dibantu oleh ketua yang dari kalangan ahli dan guru penasihat .

      Setiap ahli wajib mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak ahlijawatankuasa tetap dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya terddapat ahli yang melanggar peraturan kadet mahupun peraturan sekolah .

      Dengan tempoh usia yang begitu lama , pengalaman yang ditimba membolehkan pasukan ini diiktiraf sebagai barisan kehormat dan mengetuai setiap majlis dan menjadi perancang utama kepada pengendalian setiap majlis rasmi yang diadakan di SMK ST JOHN .

        Pasukan ini sememangnya telah merangkul pelbagai kejohanan sejak sekian dahulu . Dengan penyertaan kira - kira 80 -  120 orang setahun pasukan ini mampu mencapai segala sasaran yang ingin dicapai .

         Akhir kata , harapan pihak kami pada tahun ini adalah untuk memberikan yang terbaik dalam apa yang kami ingn lakukan dan cuba melakukan segalanya untuk menjaga nama baik diri , keluarga ,sekolah dan juga negara sebagai seorang ahli kadet yang berdisiplin dan matang pemikirannya . Kepada yang ingin menjadi sebahagian daripada kami , hubungi Pegawai Rekrut kami yang bertugas sepanjang masa . 

~ MAJULAH KADET UNTUK HIDUP ~

No comments:

Post a Comment